Saturday, July 12, 2014

CARA-CARA MENGHILANGKAN KEBIMBANGAN SEBELUM IA MEMBINASAKAN KITA

Apabila kita terdorong melakukan tindakan yang merugikan hidup kita, hentikan tindakan itu dengan segera dan tanya kepada diri sendiri ketiga tiga soalan ini :

Pertama, sejauh manakah perkara -perkara yang saya bimbangkan ini benar -benar penting kepada saya?

Kedua, pada tahap kebimbangan yang manakah saya perlu meletakkan stop loss, sebelum saya boleh melupakan kebimbangan itu?

Ketiga, berapakah harga yang sepatutnya saya bayar bagi mendapatkan wisel itu? Adakah saya sudah terlebih bayar daripada apa yang sepatutnya?

ANTARA PERATURAN YANG PERLU ANDA FIKIRKAN SEBELUM IA MEMBINASAKAN KITA

Peraturan 1

Minda kita dapat hindari perasaan bimbang sekiranya kita sentiasa sibuk. Menyebutkan diri adalah terapi terbaik yang pernah dicipta bagi menyembuhkan penyakit wibber gibbers

Peraturan 2

Jangan biarkan hal yang remeh temeh merosakkan kebahagiaan hidup kita.

Peraturan 3

Gunakan hukum purata bagi menghilangkan kebimbangan kita. Tanya kepada diri sendiri. "Adakah kejadian yang jarang-jarang berlaku itu boleh terjadi?"

peraturan 4

pasrah dengan ketentuan takdir. Sekiranya kita tahu musibah yang melanda kita itu tidak boleh diubah atau ditukar kerana ia di luar kemampuan kita, katakan kepada diri kita sendiri, "Apabila sudah ditakdirkan begitu. Begitulah jadinya"

peraturan 5

tentukan stop loss pada kebimbangan kita. Bagi setiap masalah yang menimpa, kita perlu menentukan sendiri setakat mana had maksimum kebimbangan yang dapat kita terima. Sekiranya ia melebihi had itu, lupakan saja masalah itu.

Peraturan 6

Usah memikirkan perkara yang lepas.  biarkanlah ia berlalu pergi



:: Sumber dari buku HOW TO STOP WORRYING AND START LIVING